SEJARAH PENUBUHAN SERI TAIPING


Sekolah Rendah Islam Al-Ummah, Taiping merupakan salah satu daripada rangkaian institusi dalam sistem  pendidikan ABIM. Ia  mula beroperasi pada 3 Januari 2001 beralamat No. 248, Jalan Muzaffar Shah, Assam Kumbang, 34000 Taiping, Perak.
        
Penubuhan SERI ini lahir daripada tuntutan masyarakat yang inginkan sistem pendidikan bersepadu sebagai penerusan kepada pendidikan prasekolah TASKI yang  sedia  ada untuk memenuhi tuntutan tersebut.
        
Dengan bantuan daripada pelbagai pihak yang komited dengan ABIM dan simpatisan yang berpengalaman dalam pelbagai aspek pendidikan seumpama ini, SERI mampu menawarkan kemudahan yang sedia ada untuk memenuhi tututan tersebut.
        
Kini SERI melangkah setapak lagi dengan membuka kawasan persekolahan yang lebih sempurna dan berusaha untuk melengkapkan kemudahan fasiliti dan prasarana seiring dengan perkembangan globalisasi terkini. Pada tahun 2009, SERI telah memulakan sesi persekolahan di bangunan yang baru bertempat di JKR No. 31,             Jalan Assam Kumbang, 34000 Taiping Perak.

        Walau bagaimanapun, masih banyak lagi usaha yang giat dilakukan untuk menjamin objektif dan matlamat pendidikan Islam bagi melahirkan insan soleh akan menjadi kenyataan suatu hari nanti.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN